Tip Untuk Lebih Bahagia Setiap Hari

Setiap orang punya definasi yang berbeza tentang kebahagiaan. Ada yang gembira dengan gaji yang kecil tetapi hidup di kelilingi orang-orang tersayang, ada yang gembira hidup membujang tetapi punya karier yang cemerlang.

Jadi, jangan sesekali membandingkan kebahagiaan anda dengan orang lain. Hidup juga perlu bersyukur. Ini kerana setiap kali kita bersyukur, Allah pasti akan menambah pelbagai nikmat buat kita.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah Ibrahim, ayat 7, bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”

Biarpun jangan pernah berhenti mencari kebahagiaan. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk menjadi lebih bahagia setiap hari.

 

1) Dapatkan tidur yang cukup

Pastikan anda mendapat tidur yang cukup iaitu antara 7 ke 9 jam sehari. waktu tidur yang tidak terganggu membuatkan diri lebih optimis, yakin dan lebih positif dalam penyelesaian masalah. Sementara tidur yang tidak cukup akan menjurus kepada masalah psikiatri seperti keresahan dan kemurungan serta bipolar.

2) Bersenam lebih kerap

Senaman boleh membuatkan anda berasa yakin dengan tubuh sendiri di samping meningkatkan tahap bahan kimia penting otak misalnya serotonin, dopamine dan norepinephrine yang mampu mengurangkan stress.

 

3) Bersosial / eratkan hubungan silaturrahim

Menurut kajian, meluangkan masa dengan yang tersayang dan rakan-rakan boleh membuatkan seseorang gembira. Malahan dalam satu kajian lain, perhubungan sihat bersamaan 100 ribu dollar berbanding peningkatan gaji.

 

4) Luangkan masa di luar rumah

Hirup udara segar di luar, pancaran matahari boleh membuat mood lebih tenang lalu meningkatkan produktiviti kerja. Hanya luangkan masa 20 minit di luar pun sudah memadai untuk hidup lebih gembira.

5) Seimbangkan kerjaya dan kehidupan

Apabila kerja mengganggu kehidupan, ia boleh menyebabkan seseorang berasa tidak bahagia dan meningkatkan risiko stress. Jadi setiap orang memerlukan masa untuk berehat daripada kerja-kerja pejabat. Jangan sesekali bawa kerja-kerja pejabat ke rumah. Begitu juga sebaliknya.

 

6) Lebihkan senyuman

Senyum sambil memikirkan hal-hal positif boleh bikin hati tambah gembira. Apabila menguntumkan senyuman, anda bukan sahaja yang boleh berasa bahagia, tetapi ia juga boleh mempengaruhi mood orang lain.

 

7) Selalu bersyukur

Menurut para penyelidik, rasa bersyukur boleh menyebabkan perasaan yang lebih baik mengenai kehidupan harian, lebih enthusiastism dan lebih bersedia untuk membantu orang lain. Bersyukur mungkin mengurangkan penyakit arteri koronari. Ambil masa untuk menulis setiap rasa syukur setiap hari. Caranya mudah, simpan jurnal kesyukuran dan senaraikan apa yang anda syukuri hari itu. Lama-kelamaan anda akan terbiasa melihat kebaikan dalam semua benda.

 

Sumber : https://www.psychologytoday.com / http://muftiwp.gov.my

Foto : Austin Schmid, Toa Heftiba, Kinga Cichewicz, Unsplash