Buletin SalamWebToday
Daftar untuk mendapatkan artikel SalamWeb Today setiap minggu!
Maafkan kami, ralat berlaku disebabkan oleh:
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Syarat dan Dasar Privasi SalamWeb
 Seni Buletin

Tips supaya anak cepat membaca

Anak-anak 10 Jan 2021
Hagnas
Tips supaya anak cepat membaca
Tips supaya anak cepat membaca © Sasi Ponchaisang | Dreamstime.com

Ramai dalam kalangan masyarakat sekarang menekankan supaya anak-anak cepat membaca. Ada yang telah mengajar anak membaca seawal empat tahun. Perlu atau tidak perlu untuk mengajar anak membaca terlalu awal bergantung pada penilaian masing-masing.

Ada yang mahukan anaknya membaca awal kerana pintu ilmu ialah melalui pembacaan. Ada pula yang merasakan biarlah anak-anak melalui zaman kanak-kanak mereka tanpa tekanan, membaca, mengira dan sebagainya tidak perlu terlalu awal.

Mulakan dengan gambar

Mulakan dengan kamus bergambar, flashcard atau objek yang sebenar. Jangan gunakan telefon pintar atau televisyen terlalu awal sebagai alat bantu mengajar kerana dibimbangi anak-anak akan mengalami gangguan lambat bertutur.

Tunjukkan gambar dan beritahu mereka apa gambar ini untuk membina sikap ingin tahu dalam jiwa mereka. Boleh juga huraikan dan bunyikan jika objek tersebut berbunyi seperti kereta, ayam dan sebagainya.

Gunakan buku fonik

Antara buku fonik yang menarik dan terbukti berkesan antaranya ialah BACALAH ANAKKU. Banyak lagi buku-buku di luar untuk membantu anak-anak membaca seperti Pantas Membaca dan sebagainya.

Buku fonik yang mempunyai gambar dan juga flashcard ini sangat membantu menarik minat anak-anak membaca. Hanya pastikan anda konsisten lima hingga sepuluh minit sahaja sehari selama lima hari seminggu. Insya-Allah, anak-anak akan dapat membaca seawal empat tahun.

Pastikan fonik yang disebut menepati bunyinya.

Cabaran dalam mengajar anak membaca

Setiap perkara ada cabarannya. Sewaktu mengajar anak-anak membaca, mungkin mereka ingin bermain dan tidak fokus, maka kita hendaklah berusaha menarik perhatian mereka.

Cabaran lain ialah anak-anak tidak berminat untuk belajar. Jika usia anak masih muda, beri mereka masa. Jika mereka belum bersedia, tangguhkan sehingga mereka bersedia.

Hadkan umur enam tahun merupakan waktu paling maksima untuk mengajar anak-anak membaca kerana dapat membaca merupakan satu keperluan di sekolah rendah. Mereka akan ketinggalan jika tidak dapat membaca.

Setiap anak berbeza kemampuan mereka. Didiklah mereka dengan sabar dan tenang supaya anak-anak tidak tertekan malah merasakan sesi belajar merupakan waktu merapatkan hubungan sesama anak dan ibu bapa.