Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Tips Urus Wang Simpanan Dengan Berkesan

Sahsiah Nor Syariza Tahir 17-Okt-2019

Dalam satu kajian bertajuk Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2019 mendapati, sebanyak 70% rakyat Malaysia mengakui bahawa mereka mampu mengawal kewangan masing-masing, berbanding 30.7% selebihnya yang tidak mampu mengawal kewangan mereka.

Bukan itu sahaja, kajian yang dilakukan oleh RinggitPlus.com dan Visa itu turut mendedahkan bahawa 43% rakyat Malaysia membelanjakan semua pendapatan mereka atau lebih, dan statistik ini meningkat sebanyak 10% berbanding tahun lepas.

Lebih membimbangkan apabila 53% responden pula mengakui bahawa mereka tidak boleh bertahan lebih dari tiga bulan dengan wang simpanan yang ada.

Kadar-kadar peratusan ini menunjukkan bahawa ramai lagi rakyat Malaysia tidak mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap celik kewangan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus, Liew Ooi Hann, telah tiba masanya rakyat Malaysia mengambil tindakan sewajarnya terhadap ilmu kewangan.

“Kurangnya kesedaran terhadap pengurusan kewangan peribadi merupakan cabaran untuk semua.

“Lebih membimbangkan adalah apabila masyarakat tidak mahu mengakui tentang realiti kewangan masing-masing.

“Ini ditambah lagi dengan sikap sesetengah rakyat Malaysia yang tidak mahu mengambil langkah-langkah sewajarnya walaupun mereka mengetahui kepentingan pengurusan kewangan,” ujarnya.

 

5 Langkah Menguruskan Wang Simpanan Dengan Berkesan

Jadi, bagaimanakah caranya untuk menguruskan wang simpanan gaji dengan berkesan?

Berikut adalah lima tips yang boleh diikuti seperti yang dicadangkan oleh Ooi Hann.

 

1. Tahu dan sedar kedudukan kita

Pertama sekali, kita perlu kenalpasti berapakah jumlah pendapatan bersih sebulan dan berapakah pula nilai perbelanjaan kita. Ini adalah langkah penting untuk kita memastikan bahawa perbelanjaan tidak melebihi nilai pendapatan.

 

2. Kenalpasti corak perbelanjaan

Kenalpasti corak perbelanjaan kita, sama ada lebih banyak wang dibelanjakan untuk makanan, pengangkutan, perumahan atau hutang-hutang lain. Setelah mengenalpasti segmen-segmen perbelanjaan ini, kita boleh melihat sama ada kita perlu mengurangkan atau melebihkan perbelanjaan pada mana-mana bahagian mengikut kepentingan. Dengan ini, kita boleh mengelakkan wang pendapatan kita daripada dibelanjakan lebih pada bahagian yang sebenarnya boleh dikurangkan.

 

3. Kenalpasti perkara yang lebih penting untuk kehendak

Bagi segmen-segmen kehendak dan bukannya keperluan, kenalpasti perkara yang lebih penting untuk dilakukan dan seterusnya kurangkan perbelanjaan bagi perkara tersebut. Misalnya, jika kita sering makan di restoran-restoran yang menyediakan hidangan dalam julat harga RM30 untuk seorang makan, cuba tukar kebiasaan tersebut dengan makan di restoran-restoran yang menghidangkan makanan yang lebih murah. Jika kita sering membeli-belah sebanyak dua kali sebulan, cuba kawal diri untuk mengurangkan kekerapan tersebut kepada sekali sebulan atau lebih baik lagi, dua bulan sekali.

 

4. Melihat dan menilai kesemua produk kewangan yang ditawarkan di pasaran

Bagi yang perlu melanggan produk kewangan seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan kad kredit, pastikan anda mengkaji kesemua produk kewangan yang ditawarkan di pasaran. Jangan bertumpu kepada satu produk yang ditawarkan oleh satu institusi kewangan semata-mata. Anda kemudiannya perlu menilai beberapa perkara sebelum memutuskan untuk melanggan produk tersebut seperti kadar faedah yang ditawarkan. Ini dapat mengurangkan jumlah pembayaran balik, sekali gus menjimatkan perbelanjaan anda.

 

5. Hapuskan perbelanjaan yang tidak perlu

Ada antara perbelanjaan tetap kita yang sebenarnya boleh dihapuskan kerana ia tidak perlu sama sekali. Kenalpasti perbelanjaan tersebut dan nilai sama ada ia akan memberi kesan kepada kehidupan kita jika kita tidak melakukannya. Misalnya, jika kita boleh menjimatkan wang dengan memasak di rumah, jangan makan di luar setiap hari. Jika kita boleh menjimatkan wang dengan pergi ke gimnasium percuma di pejabat, kita tidak perlu menjadi ahli pusat gimnasium yang mempunyai yuran yang mahal.

Jadi, tanya tiga soalan ini kepada diri anda:

  1. Adakah saya benar-benar perlukannya?
  2. Adakah saya mampu?
  3. Bolehkah saya mendapatkannya pada harga yang lebih rendah di tempat lain?

 

Jika anda berjaya menjawab soalan-soalan ini dengan tulus dan mengenalpasti setiap perbelanjaan yang dinyatakan sebentar tadi, ternyata anda telah menjadi seorang pengguna yang mempunyai ilmu celik kewangan.

 

Foto: Zeno Group, Alexander Mils, Pavel Kunitsk & Pixabay (Pexels)

Related articles
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Konsisten. Cuba untuk mula tidur pada masa yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi. Termasuk ketika hujung minggu. Tubuh manusia gemarkan rutin dan akan mampu menjangkakannya jika kita memiliki dengan rutin tidur yang teratur. Sebagai peringatan cuba tetapkan penggera pada telefon untuk berbunyi 30 minit sebelum memulakan rutin bertenang (wind-down).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
MAS
Kolumnis

Penyongsangan sangat berguna untuk mencabar kepercayaan kita. Ia memaksa kita untuk menimbangkan hujah-hujah yang bertentangan. Penyongsangan menghalang kita daripada terus membuat keputusan sejurus selepas kesimpulan awal. Ia adalah satu teknik untuk mengatasi kecenderungan yang berat sebelah (confirmation bias).

Teruskan Teruskan
Pendapat Pendapat
Adea Ghafar
Adea Agi
Kolumnis

Bagaimana caranya kita boleh hidup sihat dalam bahagia? Sebagai tambahan kepada memiliki warisan baka atau genetik yang subur, kehidupan yang sihat dan bahagia bergantung pada tabiat dan minda yang baik. Ia tidak boleh dicapai secara tidak sengaja. Dengan pengamalan kepercayaan dan ajaran Islam, contohnya memupuk sikap positif, beribadat, sifat bertanggungjawab dan mempunyai nilai moral - seseorang itu pada dasarnya telah mengamalkan tabiat dan minda yang baik dan dapat mengekalkan kesejahteraan psikologi melalui kebahagiaan iman.

Teruskan Teruskan
Kepercayaan Adea Ghafar 23-Jan-2020 Menyemai rasa cinta kasih keluarga