Tokoh Penglipur Lara Animasi Malaysia meninggal dunia

Uncategorized Yen Doran 08-Dis-2019

Pengasas animasi digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia, Kamaruddin Ismail, 63, meninggal dunia pada pukul 4.15 petang, 8 Disember di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, setelah hampir dua bulan dirawat selepas serangan jantung.

Pada 1997, beliau mencipta dan menerbitkan siri animasi televisyen Keluang Man (hibrid animasi 2D dan 3D) melalui TV1.

Animasi Kumang Legenda Sarawak dan Legenda Kinabalu pernah dinobatkan sebagai Filem Animasi Terbaik FFM 2004 dan 2005.

Pada 1 April lepas, Rumah Kartun, Komik Malaysia dan Animas menobatkan beliau sebagai Tokoh Penglipur Lara Animasi Malaysia pada malam Anugerah Kartunis dan Hari Kartunis 2018 di Muzium Negara.