Toleransi terhadap gaya hidup dan agama lain

Agama Nur Adibah Ramly 27-Ogo-2020
Malaysia yang berbilang kaum © Tiam Seong Yew | Dreamstime.com

Islam adalah agama kedamaian, keadilan sosial, dan toleransi. Nilai-nilai ini telah diceritakan dalam al-Quran dan Hadis, dan telah dikongsi oleh para imam di masjid dan para pengamal undang-undang dalam keputusan mereka, dan mereka adalah anugerah oleh umat Islam kepada seluruh alam agar dunia ini menjadi tempat yang lebih baik.

Apa pun masalahnya, kita mesti selalu berpegang kepada prinsip  asas yang akan membantu membina kemajuan yang lebih praktikal. Islam adalah organisma yang hidup, interaksinya dengan agama lain dan dunia luar memupuk pandangan baharu, menawarkan pilihan nilai baharu yang perlu diuji melalui prinsip Halal.

Firman Allah SWT seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW akan tetap utuh. Al-Quran akan tetap menjadi kitab rujukan utama untuk menyokong apa pun situasi yang mungkin dihadapi. Ia hendaklah digunakan  sepenuhnya sebagai rujukan terhadap perkara  yang memerlukan panduan.

Umat ​​Islam di Barat mempunyai cabaran yang lebih besar untuk ditangani kerana hidup di dunia di mana mereka berhadapan dengan sekumpulan kepercayaan dan gaya hidup agama yang berbeza. Namun, konfrontasi ini tidak boleh melemahkan iman. Sebaliknya, mereka hendaklah menguatkannya.

Islam merupakan agama sejagat. Ia memastikan bahawa umat Islam boleh menyesuai diri dalam pelbagai jenis masyarakat  di mana sahaja bahagian di dunia. Pada dasarnya, Islam mengajar kita agar berlapang dada dan menerima apa sahaja kurniaan Allah SWT kepada kita.

Firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Surah Al An’aam, ayat 108)

Dalam ayat yang lain kita diingatkan lagi, Allah SWT berfirman bahawa hanya Dia sahaja yang berhak menghakimi manusia. Penghakiman adalah milik-Nya; manakala milik kita adalah untuk saling menyayangi sesama manusia.

Isu yang mungkin menimbulkan kontroversi kepada umat Islam pasti wujud setiap hari, namun ia sama sekali tidak boleh melemahkan kita sekiranya tetap berpegang teguh dengan al-Quran atau boleh mendapatkan maklumat pentafsiran, dan belajar daripada para ulama yang mengkaji Hadis. Panduan sudah tersedia di hadapan mata, apa yang perlu anda lakukan adalah mencapai dan mendapatkannya.

Perlakuan terhadap isu kontroversi seperti feminisma dan hak golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) adalah perkara yang mesti dihadapi oleh umat Islam kerana gerakan mereka yang meluas dalam masyarakat Barat. Cara untuk menghadapi cabaran ini adalah dengan belajar bertoleransi terhadap kepercayaan orang lain.

Jangan menghukum kepercayaan mereka, tetapi jangan pula mencacinya. Terdapat perbezaan antara kecaman dan hukuman. Kecaman adalah nasihat di mana nasihat adalah kasih sayang. Manakala hukuman adalah kebencian. Berdasarkan kedua-dua kaedah ini, cara pertama dengan memberi nasihat adalah lebih berkesan. Begitulah juga yang diajar oleh Islam.

Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana perbezaan ini. Kita hendaklah melayani mereka bertoleransi. Sama ada Presiden Amerika mengutuk umat Islam untuk kepuasan dirinya sendiri, atau lelaki dan wanita yang melihat diri mereka dalam cara yang berbeza, umat Islam tetap perlu membalasnya dengan kasih sayang.

Orang Muslim hendaklah memberi jawapan dengan sentiasa menunjukkan sikap bertoleransi. Ia lebih disanjung oleh Allah SWT dan yakinlah bahawa bantuan Allah adalah jaminan kemenangan.