Tonton Kuliah ‘Online’ Sepanjang Ramadan

Sahsiah Rahayu Mat Nah 10-Mei-2019

Kekangan masa mungkin antara alasan ramai orang untuk tidak menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama sama ada yang diadakan di masjid-masjid, surau-surau mahupun lokasi-lokasi terpilih yang lain.

Bagaimanapun, dalam era digital ini, mencari ilmu hanyalah di hujung jari. Jika anda suka menonton saluran YouTube, apa kata sempena bulan mulia ini cari pahala sebanyak mungkin untuk bekal di hari pengadilan nanti.

Berikut antara pilihan digital yang membolehkan anda mengikuti kuliah agama sepanjang Ramadan ini:-

1) Renungan Ramadan (Ramadan Reflections), Ustaz Mizi Wahid

Setiap hari, kami di SalamToday akan memuatnaik satu video renungan khas bulan Ramadan oleh Ustaz Mizi Wahid dari Institut Safinah, Singapura. Setiap video panjangnya cuma sekitar satu minit dan membincangkan topik-topik yang selalu dekat dengan hati kita, seperti pentingnya tujuan dan niat, kuasa kata-kata penaik semangat, janji-janji Allah dan banyak lagi. Video ini juga boleh ditonton di laman Instagram dan Facebook kami serta SalamWeb.

2)  #RamadanTherapy, Imam Yahya Ibrahim

Kuliah ilmu #RamadanTherapy daripada Imam Yahya Ibrahim ini boleh ditonton setiap hari sepanjang Ramadan ini di saluran YouTubenya.

Kuliah yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris ini membincang pelbagai isu agama yang semestinya mampu meningkatkan pengetahuan anda sebagai seorang Islam. Antara tajuk yang sudah dibincangkan oleh Imam Yahya Ibrahim adalah A Treasure from Jannah, Salawat & Durood upon our Nabi S.A.W – help us in ALL hardships & Circumstances dan The Magnificence of Ayatul Kursi & its Power.

3) Saluran YouTube Al-Khaadem AKYMEDIA 

Saluran ini menghimpunkan video kuliah agama yang dikendalikan oleh ramai tokoh-tokoh agama seperti Sheikh Hussain Yee, Ustaz Ammar AbuZahra, Ustaz Abu Asma Yunus Zainal, Sheikh Ibraheem Menk dan Ustaz Muhammad Ibn Muneer.

Biarpun kebanyakan kuliah yang disiarkan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, namun terdapat juga beberapa video dalam Bahasa Melayu. Untuk mereka yang mahu mendalami ajaran Islam, saluran ini amat disarankan.

 

4) Saluran YouTube Ar-RahmanTV

Ar-RahmanTV adalah saluran yang menyiarkan kuliah agama sekitar Sungai Petani, Kedah dan kawasan sekitarnya. Selain itu turut memfokuskan kepada program-program Tilawah Al-Quran dan bacaan khutbah untuk manfaat dan kebaikan bersama umat Islam di Malaysia.

Antara video kuliah agama yang boleh anda tonton di sini ialah kuliah daripada Ustaz Abdullah Khairi – Harta Boleh Cari Mak Ayah Tiada Ganti, Ustaz Jafri Abu Bakar – Tidak Sah Puasa Tanpa Niat, Ustaz Mutalib Maarof – Soal Jawab PUASA, Ustaz Shaffi Yusof Gani – Lauk-Lauk Yang Pernah Dimakan Oleh RASULULLAH S.A.W dan Baba Rusli Jamauddin Al-Banjari – ADAB Mendekatkan Diri Kepada ALLAH.

5) OnLine Majlis Ilmu

Dengan 148,449 subscribers, saluran YouTube ini juga menghimpun video-video kuliah agama yang menarik untuk dihayati bersama.  Antara topik yang relevan dengan bulan Ramadan ini ialah Puasa Ibadah Atau Juadah Yg Diutamakan, Soal Jawab Puasa & Yang Berkait, Rebut Peluang Berkawan Dengan Orang Baik-baik, Menghayati Cahaya Ramadhan, dan Adakah Ini Ramadhan Terakhirku.

Abaikan kehadiran admin saluran ini pada semua video yang dimuatnaik. Anggap sahaja ia iklan. Yang penting, ilmu yang disampaikan oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah terlibat.

 

5) Tazkirah Santai Ramadhan di www.drirma.com.my

Ditayangkan selang sehari sepanjang bulan Ramadan bermula 7 Mei 2019, pada jam 1.00 tengahari. Menfokuskan isu-isu santai, Dai’ Syed Iqmal akan menjawab tentang persoalan-persoalan yang mungkin selama ini bermain-main di fikiran, namun tiada jawapan pasti.

Antara persoalan yang dibincangkan adalah tentang perbuatan orang ramai yang suka berkongsi cerita Solat Terawikh di laman-laman sosial, hukum menonton muzik video bintang-bintang K-Pop ketika berpuasa, hukum berbuka puasa dengan menghisap rokok, dan hukum merasa makanan di hujung lidah ketika menyediakan juadah berbuka puasa.

Kredit foto : Fahrul Azmi, Unsplash.