Touch n’ Go Perkenal Bazar Ramadan Tanpa Tunai

Suka Helmi Anuar 08-Mei-2019

Jenama kad prabayar terkemuka Touch n Go telah menganjurkan Bazar Ramadan tanpa tunai atau ‘Cashless’ buat pertama kalinya di Malaysia yang bertempat di Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

Anda hanya perlu menggunakan aplikasi Touch n Go E-Wallet untuk berbelanja di Bazar Ramadan istimewa ini tanpa menggunakan sebarang wang tunai.

Pilih hidangan berbuka puasa di kira-kira 400 gerai yang terlibat selain menyertai aktiviti-aktiviti menarik dan berpeluang memenangi wang tunai.

Selain itu anda juga berpeluang beramah mesra serta berbuka puasa bersama selebriti terkenal tanah air seperti Alif Satar, Maya Karin dan Nabila Razali.

Bazar ini juga menyokong sepenuhnya kempen #SayNoToPlastic di mana anda disarankan supaya membawa bekas anda sendiri atau tebus kutleri ekslusif anda di gerai Touch N Go di sana.

Bazar digital ini akan berlangsung dari 4 Mei sehingga 31 Mei 2019. Untuk maklumat lanjut dan boleh layari www.tngdigital.com.my/rayasempoi

 

Foto: Laman Web Touch n’ Go eWallet