Touch’nGo e-Wallet, Boost dan GrabPay dipilih sertai inisiatif e-Tunai

Uncategorized MAS 20-Dis-2019

Touch’nGo e-Wallet, Boost dan GrabPay dipilih menyertai inisiatif e-Tunai bernilai RM450 juta. Pemilihan dibuat berdasarkan bilangan pengguna aktif yang tinggi dan rangkaian saudagar yang luas. Selain itu, kepakaran teknikal, kedudukan kewangan kukuh dan keupayaan tenaga kerja turut diambil kira.

Pengumuman dibuat Khazanah Nasional Bhd. Ketiga-tiga penyedia e-dompet itu telah memiliki platform tersedia untuk melaksanakan program yang bakal dilancarkan pada 15 Januari 2020.

Menerusi e-Tunai, rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas, berpendapatan kurang RM100,000 setahun, layak menerima RM30 seorang.

Pengguna boleh menggunakan e-kredit RM30 itu untuk pembelian barangan dan perkhidmatan sepanjang tiga bulan tempoh program.