Tourism Malaysia sasar pelancong China dan India meningkat 7%

Melancong Adea Ghafar 29-Dis-2019
Petaling Street, Kuala Lumpur
Mereka yang dalam kesusahan - kerajaan dan gelandangan © Chris Mouyiaris | Dreamstime.com

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Musa Yusof mensasarkan kedatangan pelancong dari China dan India akan meningkat kira-kira 7% sempena Tahun Melawat Malaysia (VMY2020). Selain kedua-dua negara tersebut mewakili jumlah pelancong terbesar di Malaysia, peningkatan itu selaras dengan pengecualian visa selama setahun (tempoh lawatan 15 hari tanpa lanjutan) yang telah pun dijalankan dan akan disambung lagi tahun depan.

Menurut Musa, berbanding tahun lepas, jumlah lawatan bagi tempoh Januari hingga September tahun ini adalah 2.41 juta pelancong China (meningkat 5.7%) dan 539,167 pelancong India (meningkat 23.2%).

Seramai 3.26 juta pelancong China dan 683,000 pelancong India disasarkan melawat ke Malaysia pada tahun ini.