Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Trailer Filem ‘Sangkar’ Dilancarkan

Seni Helmi Anuar 18-Jul-2019

Trailer rasmi filem yang dinanti-nantikan iaitu  Sangkar akhirnya telah dilancarkan pada 16 Julai 2019.

Filem yang dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin dan Mira Filzah itu adalah filem pertama di Malaysia yang mengangkat seni mempertahankan diri MMA (Mixed Martial Arts) sebagai subjek utama.

Apa yang lebih menarik tentang filem ini, dua buah syarikat penerbitan mega di Malaysia iaitu Astro Shaw dan Primeworks Studios dari Media Prima telah bergabung buat pertama kali bagi menerbitkan filem yang diarahkan oleh Khabir Bhatia ini.

Selain Remy Ishak, Zul Ariffin dan Mira Filzah, filem aksi hebat ini turut dibintangi oleh Fadlan Hazim, Nizam Zaidi, Ray Era, Aman Graseka, Adam Mika serta atlet peninju professional MMA sebenar iaitu James Mcsweeney serta Saiful Merican.

Para peminat juga berpeluang untuk beramah mesra dengan pelakon-pelakon filem Sangkar di siri jelajah yang akan bermula pada 30 Ogos sehingga 15 September di tiga bahagian semenanjung Malaysia iaitu utara, selatan dan Lembah Klang.

Runut bunyi filem ini yang berjudul ‘Fighter’ dinyanyikan serta digubah oleh rapper terkenal Aman Ra.

Jangan lupa untuk menonton filem Sangkar yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Ogos 2019.