Trailer Ketiga Frozen 2 Buat Peminat Makin Teruja

WHEN WE’RE TOGETHER –Walt Disney Animation Studios’ “Olaf’s Frozen Adventure” features four all-new original songs, including “When We’re Together”—a song in which Kristoff, Anna, Elsa and Olaf realize that being together with loved ones is the best part of the holiday season. Featuring the voices of Jonathan Groff, Kristen Bell, Idina Menzel and Josh Gad, “Olaf’s Frozen Adventure” opens in front of Disney•Pixar’s original feature “Coco” in U.S. theaters on Nov. 22, 2017. ©2017 Disney. All Rights Reserved.

Filem animasi yang paling ditunggu-tunggu, Frozen 2 kini semakin menghampiri tarikh tayangannya, 22 November 2019.

Isnin lalu, Walt Disney Animation Studios telah memuatnaik trailer terbaru Frozen 2 yang membuatkan ramai peminat berasa semakin teruja untuk menonton filem box office ini.

Sehingga hari ini, trailer berdurasi 2.21 minit itu telah meraih 7,259,272 jumlah tontonan.

Mengapa Elsa dilahirkan dengan kuasa ajaib? Apa kebenaran tentang masa lalu yang menanti Elsa ketika dia ke hutan yang tidak dikenali dan laut gelap di luar Arendelle? Jawapan yang dicari Elsa, turut mengancam kerajaannya.

Bersama Anna, Kristoff, Olaf dan Sven, Elsa menghadapi perjalanan yang berbahaya tetapi cukup luar biasa. Dalam filem pertama, Elsa bimbang kekuatannya terlalu banyak untuk dunia, sementara dalam Frozen 2, dia berharap ianya cukup.

Bagi yang belum berkesempatan menyaksikan trailer Frozen 2, anda boleh klik ke pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=bwzLiQZDw2I

Untuk makluman, produksi filem sebenarnya menyediakan pengakhiran untuk Frozen 2 terlebih dahulu, dan dari situ mereka berkerja untuk mencipta sekuel. Difahamkan pelakon-pelakon untuk setiap karektor utama juga dapat dikekalkan.

Sekuel Frozen merupakan sebuah filem komedi fantasi muzikal yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures.

Ia merupakan filem animasi ke-53 di dalam siri Filem Klasik Animasi Walt Disney. Frozen berkisar daripada kisah dongeng Permaisuri Salji oleh Hans Christian Andersen, filem ini menonjolkan suara Kristen Bell, Idina Menzel, Jonathan Groff, Josh Gad dan Santino Fontana.

Kredit foto : Walt Disney Pictures