Trend Kek Dan Manisan Untuk Tahun 2020

Siapa sahaja yang tidak suka melihat kek dan manisan yang cantik, kelihatan enak dan terutamanya jika ia mempunyai reka bentuk serta hiasan yang unik.

Jangan tak tahu, bahawa kek juga mengalami proses transformasi dan perubahan reka bentuk serta hiasan mengikut peredaran trend semasa.

Jika dahulu kebanyakan kek yang dijual adalah lebih bersifat konservatif dengan hiasan-hiasan yang sederhana, kini ia dilihat lebih menonjol dengan pelbagai hiasan yang menggunakan ukiran gula.

Bukan sekadar kek hari lahir, malahan kek pengantin atau kek majlis parti bujang sekali pun, pasti mempunyai tema-tema hiasan yang menarik dan kreatif mengikut kehendak pelanggan.

Justeru, menyedari kegilaan orang ramai terhadap aneka jenis kek dan manisan yang unik, laman penghantaran kek online pertama di Malaysia, Eat Cake Today mendedahkan enam trend kek dan manisan yang dijangka menjadi popular untuk tahun 2020.

1. Decadent Jar Desserts

Merupakan manisan dan juadah miniatur yang dibuat sepenuhnya dari mula dengan menggunakan bahan semula jadi bermutu tinggi, dalam tiga perisa berlainan dan diletakkan di dalam balang.

Seperti kata pepatah; kecil-kecil cili padi. Meskipun comel, ia pasti menambat selera! Manisan ini kelihatan cantik dan lazat dihidangkan dalam balang-balang kecil dan comel yang menjadikannya manisan yang sesuai untuk minum petang, aktiviti perkelahan atau jamuan istimewa untuk kanak-kanak dan rakan-rakan.

Tiga perisa berlainan yang boleh dihasilkan adalah Mousse Yogurt Strawberi, Mousse Oren Vanila, dan Mousse Kacang Tanah dengan Span Vanila.

2. Boba Lava Cake

Sama seperti teh boba yang menjadi kegilaan orang ramai sekarang ini, kek juga mengalami trend kek boba lava.

Kek chiffon perisa teh susu yang lembut dan gebu dengan taburan pearl di atasnya atau tersembunyi di dalam kek adalah benar-benar seperti ledakan boba.

Jangan sekadar menilai rasa daripada rupanya. Cuba sendiri kelazatan Kek Lava Boba.

3. Gems of the Blue Cake 10”

Trend kek geod kini sedang menguasai internet. Kek geod nilam yang cantik dan lazat ini membawakan tekstur gula kristal yang menawan dan bagaikan terpacak di permukaan kek.

Ia juga dihiasai dengan bunga gula buatan tangan yang ideal untuk apa jua acara jamuan korporat atau majlis perkahwinan kerana ia berkilauan dengan ribuan sinar cahaya!

Kek asas terdapat dalam dua perisa yang boleh dipilih; daripada coklat Belgian atau mentega vanila.

Akhir sekali, kek asas menawarkan pilihan kek betul (boleh dimakan) atau kek hiasan (olok-olok) untuk tingkat-tingkat yang berlainan.

4. Macarons Fault Line Cake

Dengan tambahan sentuhan metalik dan macaron di bahagian tengah kek, ia menjadikannya tampak seperti kek yang retak.

Kek asas berperisa coklat salted caramel ini diselaputi krim mentega vanila dengan hiasan hari jadi akrilik emas di atasnya.

5. Gravitiminion Cake 10” (Topsy Turvy Cake)

Kek luar biasa ini menjanjikan kelainan dan kemeriahan untuk parti anda.

Ia bertingkat dan setiap tingkat dicondongkan dengan cara yang aneh, tetapi dengan perkiraan yang tepat.

Jika anda mencari sesuatu yang unik, kek minion tunggang terbalik ini menjanjikan keseronokan dan sesuai untuk parti hari jadi “gila-gila” atau majlis keramaian istimewa.

Tetamu jemputan anda pasti kagum dengan kek yang sangat kreatif dan menakjubkan ini.

6. Projection Mapping Cake

Kegilaan terkini telah membawa kek ke satu tahap serba baharu.

Satu cara hebat untuk menjadikan kek anda benar-benar satu keajaiban adalah teknologi projection mapping atau penayangan yang diguna pakai untuk kek kotak bertingkat ini.

Teknik pencahayaan dan penayangan yang menakjubkan menjadikan kek hasil gubahan seni zaman moden ini sangat unik dan sungguh menakjubkan.

Anda boleh memilih kata-kata ucapan dan corak animasi mengikut gaya peribadi anda, yang kemudiannya akan dipancarkan ke bahagian tepi kek bertingkat tersebut. Ia pasti akan membuatkan tetamu jemputan anda leka dilamun pengalaman animasi yang sukar dilupakan!

Menurut Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, Ang Boon Chow, Eat Cake Today sentiasa berhasrat untuk menjadi perintis trend dalam dunia konfeksi dengan menghasilkan pelbagai jenis kek yang unik serta bekerjasama dengan para pembuat kek muda yang berbakat, dengan sesetengah daripada mereka telah memenangi augerah antarabangsa dalam bidang itu.

“Sehubungan itu, pertunjukan kek sulung kami pada hari ini adalah yang pertama seumpamanya, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara, untuk memperkenalkan rakyat Malaysia kepada trend kek tahun ini dan akan datang.

“Kami berhasrat untuk menjadikan pertunjukan kek ini sama seperti pertunjukan minggu fesyen yang berlangsung di ibu kota fesyen Eropah, dalam usaha untuk menghargai seni membuat kek, melihat kek serta trend kek bagi tahun berikutnya.

“Jika segalanya berjalan lancar, kami merancang untuk menjadikannya satu acara tahunan,” ujarnya pada acara Pertunjukan Kek 2019 anjuran Eat Cake Today baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, tiga cef pastri muda yang berbakat besar, iaitu Cef Chong Ko Wai, Cef Lawrence Cheong dan Cef Chen May Ling, mengadakan pertunjukan dan persembahan seni keindahan gubahan coklat dan gula bertaraf antarabangsa yang turut disertai oleh Cef Edwin Chan dan Cindy Chan.

Eat Cake Today merupakan portal kek pertama di Malaysia yang menyenaraikan lebih 40 pembuat kek di portal dalam taliannya, dengan nama-nama terkenal seperti Baker’s Art, Ennoble, Petiteserie Dessert, C3 Lab, Lavish Patisserie, Little Tee Cakes, Huckleberry, Tedboy, Baked KL dan sebagainya.

Keunikannya adalah keupayaannya untuk menghantar kek pada hari yang sama dengan menjanjikan masa penghantaran segera hanya 4 jam.

Kini, Eat Cake Today membuat penghantaran ke kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dengan mengenakan caj penghantaran berdasarkan jarak perjalanan.

Tempahan boleh dibuat menerusi www.eatcaketoday.com atau dengan menghubungi talian: 017-880 0153 pada setiap hari termasuk cuti umum, antara 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Foto: Aiem Rahman & NewSpin Communications