Trend percutian lebih lama meningkat 20% tahun 2020

Uncategorized MAS 14-Dis-2019

Trend percutian lebih lama (slow travel) mengutamakan pengalaman berbanding destinasi. Percutian ini mengambil masa lebih panjang dan berkonsepkan santai.

Unjuran trend percutian ini diramalkan meningkat 20% tahun hadapan dan diramalkan menjadi trend perjalanan dominan di Malaysia. Kepelbagaian warisan alam dan budaya di Malaysia merupakan aset yang tak ternilai untuk memikat perhatian pelancong.

Pada tahun 2020, peratusan pelancong Asia yang memilih trend ini adalah Korea Selatan (31%), Hong Kong (29%), Taiwan (28%) dan Jepun (27%) menurut dapatan Skyscanner. Laporan ini juga memperlihatkan peningkatan minat terhadap destinasi di Asia berbanding Eropah dengan mencatat lebih 75% destinasi pilihan.