Tun Mahathir sertai warga Putrajaya, rai tiga sambutan

Uncategorized Ahmad Mahmud 31-Dis-2019
Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU)
Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) © Ijansempoi | Dreamstime.com

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali telah hadir menyaksikan tiga acara secara serentak iaitu pelancaran sambutan jubli perak 25 tahun Putrajaya, sambutan malam tahun baharu dan acara penutup, Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) yang menampilkan persembahan visual projektor di bangunan Istana Kehakiman.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad turut menyertai puluhan ribu warga Putrajaya menyaksikan persembahan grand projection mapping menerusi tujuh segmen bertemakan Beautiful Malaysia yang antaranya termasuk pembangunan negara, budaya dan sukan.

Tun Dr Mahathir menekankan bahawa kerjasama, perpaduan dan kestabilan adalah penting dalam membangunkan ibu kota pentadbiran.