Tuntutan poligami – keseronokan atau keadilan?

dreamstime_s_189002622
Tuntutan poligami - keseronokan atau keadilan? © Odua | Dreamstime.com

Tuntutan poligami – keseronokan atau keadilan? Perbahasan mengenai poligami ini pastinya mendapat sambutan hangat setiap masa.

“Hai senangnya dalam hati, kalau beristeri dua, seperti dunia hai ana yang punya!” Begitulah beberapa petikan lirik lagu ‘Madu Tiga’ karya seniman agung Tan Sri P. Ramlee. Kaum lelaki kebanyakannya seronok membicarakannya, tetapi bagi kaum perempuan sebaliknya.

Poligami ini adalah sesuatu yang diharuskan dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri mengamalkan poligami. Walau bagaimanapun, Baginda bukanlah berpoligami untuk keseronokan. Sebaliknya, kebanyakannya adalah untuk melindungi isteri-isteri Baginda dan memuliakan mereka.

Faktor mengharuskan poligami

Antara faktor yang mengharuskan poligami adalah seperti berikut:

  • Isteri tidak mampu melahirkan zuriat – Apabila isteri tidak mampu melahirkan zuriat, suami ada pilihan untuk berkahwin dengan isteri kedua yang mampu memberikannya zuriat. Semoga anak-anak yang dilahirkan menjadi anak-anak yang soleh. Besar pengorbanan seorang isteri jika membenarkan suaminya berkahwin lain. Suami pula perlulah menunaikan tanggungjawabnya dengan penuh adil terhadap kedua-dua orang isterinya berlandaskan hukum syarak.
  • Suami sering bermusafir – Terdapat keadaan apabila suami perlu ke luar daeraah atau keluar negara atas sebab pekerjaan dan tidak dapat membawa isterinya bersama-sama pada setaiap masa. Sekiranya masa berjauhan daripada isteri berlarutan dan suami tidak dapat menahan dirinya dengan godaan nafsu dan perkara yang mendatangkan zina di perantauan. Walaupun begitu harus bagi suami berpoligami hanya jika dia mampu menyediakan nafkah zahir dan batin kepada kedua isterinya.
  • Populasi wanita melebihi lelaki – megelakkan berlakunya aktiviti perempuan simpanan dan penzinaan.
  • Apabila suami mempunyai keinginan seksual yang terlalu tinggi.

Hukum poligami bergantung kepada keadaan

Hukum asal berpoligami adalah harus dan dibolehkan. Walau bagaimanapun, hukum berpoligami ini boleh berubah bergantung kepada keadaan dan suasana yang dihadapi.

  • Sunat – terpakai apabila seseorang memerlukan tambahan isteri atas sebab-sebab yang dibolehkan. Suami mampu berlaku adil dan menunaikan tanggungjawab serta menyediakan nafkah zahir dan batin yang mencukupi kepada semua isterinya.
  • Makruh – sekiranya suami berpoligami aata sebab mencari kesronokan semata-mata dan bukannya keperluan yang mendesak. Ianya juga boleh menjadi makruh jika suami sendiri merasakan syak dan was-was untuk berpoligami.
  • Haram – jika suami tahu dia tidak mampu berlaku adil dan menyediakan nafkah yang mencukupi kepada isteri-isterinya tetapi masih mahu berpoligami.

Islam adalah agama yang adil dan lengkap. Islam mempunyai penyelesaian kepada semua permasalahan. Tiada salahnya berpoligami, namun adakah yang mahu itu, benar-benar perlu dan benar-benar mampu? Adakan tuntutan poligami bagi anda mencakupi kemampuan, keseronokan atau keadilan? Tepuk dada tanyalah iman di hati.