UEFA denda Persekutuan Bola Sepak Turki $55,369 (USD)

Uncategorized Adea Ghafar 21-Dis-2019

ANKARA, 21 Dis — Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) melalui Badan Disiplin, Etika dan Kawalan UEFA telah mendenda Persekutuan Bola Sepak Turki sebanyak €50,000 (EURO)  atau $55,369 (USD) sebagai hukuman bagi beberapa kesalahan para pemain dan penyokongnya ketika perlawanan Pusingan Kelayakan Kejohanan Piala Eropah 2020.

Menurut agensi berita Anadolu, ia berlaku ketika perlawanan antara Turki dan Perancis pada 14 Oktober 2019. Kesalah terlibat termasuk melakukan tabik hormat ketenteraan ketika meraikan kejayaan menjaringkan gol.

Teguran turut diberikan kepada beberapa pemain Turki kerana tidak menunjukkan semangat kesukanan dan berkelakuan tidak menyenangkan semasa perlawanan antara Perancis dan Albania.