Umat Islam di Perak disaran solat sunat gerhana Khamis ini

Solat Adea Ghafar 24-Dis-2019

IPOH, 24 Dis — Jabatan Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak mengumumkan Gerhana Matahari Separa iaitu bila 85% matahari ditutupi oleh bulan, dijangka berlaku pukul 11.18 pagi sehingga 3.09 petang, dengan waktu kemuncaknya pada pukul 1.11 tengah hari, Khamis ini.

Umat Islam Perak disarankan untuk melaksanakan solat sunat gerhana bagi memenuhi tuntutan sunat muakkad. Bagi masjid atau surau yang ingin mengadakan solat sunat gerhana secara berjemaah, ia boleh dilaksanakan selepas solat zuhur secara berjemaah.

Bagi yang ingin solat sendirian, mereka boleh mendirikannya sepanjang berlakunya gerhana matahari.