Unik dan Moden di Hotel Aloft Langkawi

Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau pelancongan yang sentiasa mendapat perhatian pengunjung tempatan mahupun dari luar negara. Antara aktiviti utama pelancong ke Pulau Langkawi adalah island hopping seperti ke Pulau Dayang Bunting. Pantai Cenang pula merupakan pusat membeli belah, ‘lubuk’ restoran dengan pelbagai pilhan dari makanan tempatan dan barat serta pusat aktiviti air seperti, jet ski dan parasailing.

Selain daripada merancang aktiviti-aktiviti eksplorasi di Pulau Langkawi, pastinya tempat penginapan perlu di ambil kira bagi menjamin keselesaan anda sepanjang berada di pulau ini. Sekiranya anda mempunyai citarasa yang unik, ranggi dan moden Hotel Aloft Langkawi adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Lokasinya yang strategik terletak kira-kira 10 kilometer sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan berhampiran dengan Pantai Tengah membolehkan anda menikmati percutian dengan aktiviti air seperti jet ski, parasailing atau dengan hanya bersantai di tepi pantai. Selain dari aktiviti pantai, penginap hotel juga boleh memilih aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel seperti kelas masakan, aqua zumba, lukisan seramik, lukisan batik dan banyak lagi.

Uniknya hotel ini ialah kesemua bilik dilengkapi dengan Intuitive Passive Infrared (PIR) motion sensor bagi mengenalpasti keberadaan penginap di bilik hotel bagi tujuan penjimatan tenaga elektrik. Bagi generasi milenial ataupun mereka yang gemarkan teknologi pasti akan rasa teruja menginap di hotel ini. Anda boleh memilih dari lima kategori bilik iaitu Loft Rainforest, Loft Garden, Loft Seaview, Breezy Room and Sweet Suite dengan samada pemandangan Laut Andaman atau kehijauan rimba.

Hotel Aloft Langkawi juga menyediakan Remix Lounge di mana penginap hotel boleh bersantai sambil mendengar persembahan muzik dari pemuzik tempatan. Refuel by Aloft pula menjual makanan dan minuman ala grab and go kepada penginap hotel. Manakala restoran utama hotel adalah Nook yang meyediakan pelbagai juadah dari masakan tempatan dan antarabangsa. Jangan lupa untuk memilih Nook Burger yang popular di kalangan penginap hotel.

Jika anda inginkan penginapan yang unik dan moden sepanjang berada di Pulau Langkawi pastikan Hotel Aloft Langkawi menjadi pilihan anda. Untuk maklumat lanjut layari laman web https://www.marriott.com/hotels/travel/lgkal-aloft-langkawi-pantai-tengah 

 

Ditulis oleh: Wan Azfarozza Wan Athmar