Universiti di Mesir beri tekanan kepada penuntut Malaysia jelaskan yuran pengajian penuh

Uncategorized Yen Doran 24-Dis-2019

Penuntut Ijazah Perubatan dan Pembedahan Universiti Zagaziq, di Mesir, Mohammad Nor Anuar Razali, 25, diminta oleh pihak universiti menjelaskan tunggakan yuran tahun akhir sebelum 31 Disember ini.

Mohammad Nor Anuar berkata, jika dia gagal menjelaskan yuran hujung bulan ini, pihak universiti akan menaikkan 50 peratus daripada jumlah tunggakan.

Dengan bantuan Harian Metro sebelum ini, dia menjelaskan yuran tertunggak untuk tahun kedua hingga lima dengan sumbangan dana daripada orang awam.

Universiti memaklumkan tindakan menaikkan jumlah bayaran disebabkan ada beberapa penuntut Malaysia yang berhenti daripada pengajian ketika berlaku kekacauan di Mesir beberapa tahun lalu.