Untuk disenangi oleh manusia – kita dan Allah SWT

Budaya Hanita Hassan 10-Okt-2020
dreamstime_xs_23408388
Untuk disenangi oleh manusia - kita dan Allah SWT © Kharyadi | Dreamstime.com

Penting bagi kita merenung akan matlamat dan cara berfikir dalam hidup bagi memastikan fokus sebenar siapa yang perlu kita gembirakan. Kita hanya menyedari bagaimana untuk disenangi oleh manusia dan siapa sebenarnya yang kita perlu senangi ketika menilai reaksi dan pemikiran  terhadap tingkah laku yang diterima daripada individu yang berbeza.

Sekiranya kita menyedari bahawa kita terlalu mudah dipengaruhi orang lain, sama ada oleh ibu bapa atau pasangan, datuk dan nenek, ahli keluarga atau pengurus mahupun rakan sebaya, maka jelas bahawa fokus kita adalah mahu mereka menyenangi kita. Kita asyik memenuhi permintaan mereka sedangkan fokus utama kita sebenarnya adalah untuk disenangi oleh Allah SWT dan bukan manusia mahupun hal-hal keduniaan.

Bagaimana untuk disenangi oleh manusia?

Kita berusaha untuk disenangi oleh makhluk Allah SWT dan sudah tentu kepuasan  maksimum yang kita harapkan tidak akan dapat kita capai. Kita hanya melalui kitaran yang tidak berkesudahan, berusaha untuk disenangi oleh manusia namun masih gagal memperoleh kegembiraan. Apabila melalui fasa positif, semua berjalan dengan lancar. Maka kita meletakkan manusia sebagai pusat kehidupan dan berasakan bahawa kita sentiasa gembira dan berpuas hati.

Sekiranya kita tidak bersetuju dengan pendapat ataupun tidak dapat menunaikan harapan manusia, kita akan mula mempersoal kewibawaan diri.  Kita berasa bersalah serta melihat ketidakmampuan diri. Atau sebaliknya, kita mungkin menganggap ada yang tidak kena dengan mereka. Kita  mula berfikiran negatif dan mempersoal kelakuan mereka. Kita tidak menjangka sikap mereka sehingga akhirnya membebankan orang lain.

Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa berusaha untuk disenangi oleh manusia bukan asbab mengapa kita diciptakan oleh-Nya. Kita juga tidak diciptakan oleh Allah  bagi meletakkan harapan untuk memfokuskan diri agar sentiasa disenangi oleh manusia.

Mendapat reda dan disenangi oleh Allah SWT

Sebaliknya, jika kita fokus untuk sentiasa mendapat keredaan Allah SWT, kita bukan hanya akan mencapai kejayaan di dunia malah kejayaan di akhirat. Kejayaan tidak ditentukan oleh kekayaan, kemasyhuran atau status materialistik. Kejayaan sebenar adalah mencapai ganjaran pahala seperti yang dijanjikan oleh Allah.

Sepertimana firman Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud:

“Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

(Surah Al-Hadid, ayat 1)

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kita  dengan matlamat utama adalah untuk sentiasa disenangi Allah dan bukan ciptaan-Nya. Semoga Allah menempatkan kita dalam kalangan orang beriman yang ikhlas berusaha mengikut sunah Baginda Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi.