Untung bersih suku ketiga Astro Malaysia catat kenaikan 11.5%

Uncategorized MAS 04-Dis-2019

Astro Malaysia mencatat keuntungan bersih RM170.85 juta pada suku kewangan berakhir 31 Oktober 2019. Keuntungan melonjak 11.5% berbanding suku yang sama pada 2018 yang mencatat RM153.22 juta. Bagaimanapun, pendapatan merosot daripada RM1.38 bilion pada tahun lepas kepada RM1.22 bilion. Syarikat berkenaan mengumumkan dividen interim ketiga sebanyak dua sen sesaham.

Astro Malaysia menguasai 76% pasaran Malaysia bersamaan 5.7 juta isi rumah. Astro Radio pula mengekalkan prestasi sebagai jenama radio terunggul dengan saluran ERA, Hitz.MY dan RAAGA menguasai pasaran bahasa masing-masing.

Fokus syarikat kini adalah kepada Pay TV dan NJOI dengan melonjakkan mutu khidmat pelanggan dan mengagregat kandungan terbaik.