UPM – universiti ‘hijau’ ke-28 terbaik dunia

Uncategorized Hafiz Firdaus 06-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 5 Dis — Penarafan UI-Greenmetric World University Ranking 2019 meletakkan  Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai yang ke 28 terbaik dunia berdasarkan usaha kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitar.

Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris berkata UPM berada pada kedudukan kedua di Asia Tenggara dan ketiga di Asia, di samping menjadi universiti nombor satu negara selama 10 tahun berturut-turut dalam kategori yang sama. UPM juga turut berada dalam lingkungan empat peratus kampus paling lestari dunia.

UI-Greenmetric menilai usaha melestarikan kampus hijau menggunakan lebih 60 indikator yang merangkumi enam skop utama.