‘Usah macam ni boh’

Uncategorized Hafiz Firdaus 22-Dis-2019

Dua bekas pemain negeri Kelantan telah mendedahkan hutang yang masih belum dibayar oleh  Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kepada mereka mencecah hampir RM400,000. Badhri Radzi atau ‘Piya’ dan Amiridzwan Taj Tajuddin masing-masing mempunyai tunggakan gaji berjumlah RM180,000 dan RM200,000 yang sudah berlarutan selama lebih setahun.

KAFA masih belum memberi maklum balas walaupun kes mereka telah dibawa ke Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dan masih lagi menunggu keputusan.

Arena Metro turut melaporkan yang KAFA masih belum melunaskan tuntutan tunggakan gaji bekas penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi sebanyak RM143,000 setelah beliau memberikan pendedahan tersebut, termasuk melaporkannya kepada FAM untuk tindakan selanjutnya.