USIM agih zakat RM2 juta kepada penuntut, kakitangan asnaf

Uncategorized Syed Safri 17-Dis-2019

SEREMBAN, 17 Dis —   Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mushaddad Hasbullah mengumumkan bantuan zakat sebanyak RM2,013,915 kepada 2,046 penuntut dan 52 kakitangan berstatus asnaf. Sejumlah RM262,900 juga diagihkan melalui dana fisabilillah untuk program ilmu, dakwah dan kebajikan.

Menurut Dr. Mushaddad, Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan telah melantik PWZ USIM sebagai ejen zakat yang bertindak mengurus tiga perlapan agihan semula untuk disalurkan kepada golongan asnaf USIM.

PWZ turut menerima agihan semula zakat korporat daripada beberapa institusi korporat untuk membantu yuran pengajian pelajar asnaf di USIM.

PWZ juga mengadakan program tanggungjawab sosial di luar USIM.