Vans Bakal Lancarkan Koleksi Harry Potter

Expecto Patronum ! Berita baik untuk penggemar sneakers jenama Vans, khususnya peminat Harry Potter. Awal mingu lalu, jenama kasut antarabangsa itu mengumumkan tentang kolaborasi terbaru mereka bersama Harry Potter.

Pengumuman yang dibuat menerusi video pendek di akaun Instagram rasmi Vans itu disertai dengan kata-kata  “Something magical coming soon: vans.com/harrypotter”.

Biarpun tiada lagi kenyataan lanjut daripada jenama fesyen ini, namun interaksi di antara Vans dan peminat mendedahkan koleksi yang bakal dilancarkan nanti akan dijual dalam kuantiti terhad. Difahamkan ia menampilkan corak yang menonjolkan 4 panel untuk setiap rumah utama di Hogwarts School iaitu Gryffindor, Ravenclaw, Slytherin dan Hufflepuff.

Selain kasut, koleksi Harry Potter juga akan hadir dengan pakaian dan aksesori yang pastinya punya sentuhan magis!

Terdahulu, Vans pernah berkerjasama dengan beberapa karektor popular lain seperti Peanuts, Toy Story, Mario Bross, Star Wars, Disney dan juga Marvel.

Sumber : CNN

Kredit Foto : Vans