Variasi coklat, makanan yang kita suka

Selera Zalina Majid 09-Sep-2020
dreamstime_s_49721566
Coklat kesukaan ramai! © Marilyn Gould | Dreamstime.com

Siapa yang tidak sukakan coklat? Hampir semua orang sukakan coklat. Menguyah sambil tersenyum menikmati kesedapan, tambahan lagi variasi yang pelbagai dan hidangan dengan makanan sampingan.

Hakikatnya coklat ialah nama sebuah makanan yang diolah daripada biji koko. Coklat diperbuat daripada biji yang diperolehi daripada pokok koko. Biji ini amat pahit, jadi pepejal koko dan lemak koko itu umpama kandungan gula yang ditambah ke dalamnya dan dicampur bersama dengan beberapa bahan-bahan lain untuk membuat coklat yang boleh didapati untuk orang ramai.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling seronok makan. Rasanya yang mewah jika coklat itu adalah dari yang berjenama mahal dan terkenal. Lihat sahaja gambar makan yang bersalut lelehan coklat sungguh membuatkan kita terliur.

Sememangnya seluruh dunia sukakan coklat. Yang menggemarinya tidak mengira usia. Tidak dinafikan kehebatan tarikan coklat sukar ditolak sekalipun individu yang sedang berdiet pasti semuanya mempunyai coklat kegemaran masing-masing.

Coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau prihatin sehinggalah isyarat cinta. Awalnya, coklat tidak bermula sebagai makanan, tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

Coklat berupaya melazatkan makanan lain yang dikombinasikan bersamanya. Contohnya, coklat cair yang dimakan dengan walfer, aiskrim, kek atau buah-buahan seperti strawberi. Malah lebih dari itu variasinya, tampak mewah dan lebih banyak pilihan. Secara umumnya, ia terbahagi kepada tiga jenis iaitu coklat hitam, coklat susu dan coklat putih.

Sekiranya kita adalah peminat tegar coklat pasti mengetahui coklat terbaik untuk kesihatan bagi mengelakkan kemudaratan. Makanan mewah ini juga perlu dititikberatkan dan tidak terlulu banyak khususnya dalam kategori coklat manis.

Sungguhpun begitu, coklat hitam mengandungi antioksida, flavonoid (lapan kali lebih tinggi berbanding strawberi) dan baik untuk kesihatan jantung kerana mampu melancarkan perjalanan darah selain merendahkan risiko masalah pembekuan darah.

Ia juga dikatakan mampu merangsang mood dan meningkatkan hormon untuk perasaan gembira. Makan coklat yang betul akan memberi kebaikan kepada kesihatan kita. Bagaimanapun, ia perlu diambil mengikut kuantiti yang dibenarkan iaitu sekitar 65 gram sehari.

Untuk lebih berhati-hati, kita boleh perlu cara untuk mendapatkan coklat yang baik. Lihat senarai bahan di belakang pembungkusan. Jika terdapat bahan kimia yang sukar disebut untuk tiga bahan utama, ia bermakna ada sesuatu yang diletakkan di dalamnya. Semoga kita beringat-ingat ketika menikmatinya.