VM2020 perlu diterima sebagai misi nasional – Dr Mahathir

Uncategorized Hafiz Firdaus 31-Dis-2019
Visit Malaysia 2020
Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) © Ivan Burchak | Dreamstime.com

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya dihadapan 80,000 pengunjung Ambang [email protected] Lumpur dan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) di Dataran Merdeka berkata, VM2020  harus dijadikan misi nasional dan rakyat harus menjalankan peranan masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong dengan menyasarkan seramai 30 juta pelancong antarabangsa dan RM100 bilion pendapatan industri pelancongan.

Pelancongan di tahun 2018  telah menyumbang sebanyak RM220.6 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding RM201.4 bilion pada 2017.

Sambutan tahun baru dan pelancaran VM2020 telah  dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.