Wajah Yuna Sekali Lagi Terpampang Di Times Square New York

Penyanyi kebanggaan negara siapa lagi kalau bukan Yuna sekali lagi telah mengharumkan nama Malaysia apabila wajahnya telah terpampang di papan iklan ‘billboard’ di Times Square New York Amerika Syarikat.

Wajah Yuna dipamerkan di kota pesat itu sempena pelancaran album terbarunya yang berjudul Rouge. Sebelum ini, wajah Yuna pernah dipamerkan di tempat yang sama beberapa tahun yang lalu.

Yuna turut berkongsi gambarnya yang terpampang  di tengah-tengah kota Times Square itu di akaun Instagram beliau beserta kapsyen yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia berasa bangga dengan pencapaian Yuna di peringkat antarabangsa.

Untuk album terbaru Rouge, Yuna tampil lebih ranggi dengan muziknya. Yuna turut memilih untuk berkolaborasi bersama G-Eazy dan J Park. Mengandungi 11 buah lagu kesemuanya, Rouge turut memuatkan sebuah lagu Melayu berjudul Tiada Akhir.

SalamToday turut berbangga dengan pencapaian penyanyi yang dilahirkan di Alor Setar kedah ini. Yuna telah membuktikan sekali lagi bahawa muzik telah berjaya menyatukan manusia tidak kita bangsa, budaya atau agama.

 

Sumber : Instagram Yuna