Wakanda wujud? Laman rasmi Amerika segera buang negara fiksyen dari senarai rakan dagang

Uncategorized Adea Ghafar 19-Dis-2019

WASHINGTON: Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA) memberitahu The Washington Post bahawa terdaftarnya negara mitos Wakanda (tempat asal Black Panther, adiwira Marvel) sebagai rakan dagang bebas Amerika Syarikat, adalah kesilapan tidak sengaja dari rekaan ujicuba rasmi semata-mata.

Francis Tseng, jurutera perisian di New York yang menemui penyenaraian negara Wakanda dalam senarai atas talian rakan dagang bebas Ameria Syarikat di laman web USDA, menganggap perkara itu agak lucu dan telah memuat naik foto senarai itu beserta senarai Excel pelbagai kategori perincian barang dagangan berkaitan di akaun Twitternya.

USDA kemudiannya segera memadam semua data mengenai Wakanda dan tidak menawarkan sebarang reaksi mengenainya.