Water chalet atau chalet atas air tarikan unik kepada pelancong

Melancong 23 Jan 2021 Zalika Adam
Pilihan oleh Zalika Adam
Water chalet tarikan pelancong
Water chalet tarikan pelancong © Muhammad Fadhli Adnan | Dreamstime.com

Malaysia terkenal dengan keindahan semula jadi seperti laut, hutan simpan, pulau, air terjun dan bukit bukau. Keindahan semula jadi ini menjadi daya tarikan pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Water Chalet atau lebih dikenali dengan ‘Chalet atas air’ adalah salah satu tempat tarikan pelancong yang unik, seperti di Avillion dan Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Water chalet tarikan pelancong

Chalet jenis ini menjadi tumpuan penginap apabila banyak diskaun diberikan kepada pengunjung sehingga separuh harga. Pengurangan harga yang berlaku adalah rentetan daripada pendemik COVID-19. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Port Dickson adalah sekitar 75 minit.

Chalet ini berhampiran dengan pantai. Tidak hairanlah ramai yang mengambil peluang untuk menikmati keindahan pantai semula jadi di Malaysia. Terdapat juga bilik yang disediakan mempunyai kolam renang. Namun bilangannya adalah terhad. Pengunjung dalam dan luar negeri amat meminati keindahan water chalet ini.

Kumpulan Lexis Hotel antara pengusahan water chalet yang terkenal, ditubuhkan pada tahun 1995. Operasi hotel sudah menjangkau 20 tahun. Pada awal penubuhan, ekonominya agak perlahan, namun tetap bertahan. Mereka berpegang bahawa ‘Kejayaan adalah satu perjalanan bukan matlamat’.

Lexis Hotel dianggap sebagai organisasi kelas dunia dengan pertumbuhannya yang signifikan di bidang perhotelan dan resort di Malaysia. Kualiti perusahaan, layanan dan kepuasan pelanggan amat dititik beratkan. Hotel ini masih berusaha untuk memuaskan semua pelanggan di semua bidang.

Hotel ini memberikan komitmen yang baik kepada pelanggan dengan mempertahankan ‘Keunggulan melalui kualiti’ di seluruh Malaysia. Layanan dan fasiliti yang luar biasa amat diambil berat, agar kualiti terbaik dapat terus dihasilkan.

Keistimewaan chalet atas air

Beberapa pencapaian dan penghargaan yang diperolehi dapat meyakinkan pengunjung agar terus datang ke sini. Reputasi yang baik ini memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada mereka dengan sikap yang positif. Antara keistimewaan water chalet ialah:

  • Di kawasan pantai dan udara yang segar
  • Terdapat kolam renang di dalam bilik, tanpa perlu keluar
  • Berkonsepkan atas air dan dapat menikmati keindahan semula jadi
  • Tempat percutian keluarga yang menyeronokkan
  • Pilihan tempat mesyuarat bagi kakitangan awam dan swasta
  • Jenis-jenis Chalet iaitu Premium, Executive dan Deluxe mendapat pilihan utama pengunjung
  • Balkoni Chalet menyediakan kerusi untuk beristirahat sambil menikmati keindahan alam semulajadi

Walau bagaimanapun, dalam tempoh perintah kawalan, pihak hotel amat menitik beratkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) perhotelan. Ini adalah seperti memakai pelitup muka dan menghadkan bilangan peserta yang memasuki restoran atau cafe.

Kolam renang untuk kanak-kanak juga dihadkan penggunaannya secara bergilir-gilir. Hanya lima orang sahaja sekali guna. Selain itu, penjarakkan sosial juga amat diambil perhatian.

Oleh itu, carilah tempat untuk merihatkan minda setelah penat bekerja. Nikmatilah keindahan penginapan sepanjang percutian bersama keluarga tercinta.