Yayasan Petronas ceriakan 1,300 penerima sempena Krismas

Uncategorized Adea Ghafar 20-Dis-2019

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Seramai 1,300 golongan kurang bernasib baik di lapan lokasi seluruh negara telah diraikan dalam program tahunan Sentuhan Kasih Natal 2019 anjuran Yayasan Petronas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Lita Osman, perayaan Krismas adalah masa untuk bergembira dan meluangkan banyak masa dengan golongan yang kurang bernasib baik. Beberapa siri sambutan sempena perayaan Krismas itu diadakan bersama agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bermula 12 hingga 21 Disember.

Hidangan makanan dan sumbangan barangan keperluan asas seperti baju baharu, barangan rumah dan ‘hamper’ merupakan sumbangan kecil Yayasan Petronas kepada mereka.