Yello Manggarai Ceria dan Berpatutan

Siapa kata yang baik itu sering terlalu mahal harganya? Zaman sekarang banyak barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan mampu diperolehi oleh ramai orang kerana tawaran harga yang sangat berpatutan.

 

Selain penerbangan tambang murah kita juga kini mempunyai banyak pilihan lain seperti hotel bersewa rendah dan sebagainya. Dan salah satu jenama hotel terbaru yang terkenal di negara jiran kita Indonesia, iaitu kumpulan hotel Yello turut menawarkan sewa berharga istimewa yang dimaksudkan.

Antara yang terbaru di Jakarta, hotel Yello Manggarai menawarkan perkhidmatan dan bilik-bilik yang sangat menarik pada harga yang sangat berpatutan.

Terletak di Jalan Minangkabau Timur di  kawasan Jakarta Selatan dan tidak jauh dari tumpuan umum seperti pusat membeli-belah hotel ini dibina untuk memenuhi pasaran pelancong yang semakin ramai di Jakarta selain daripada tetamu yang datang bagi tujuan perniagaan luar negara.

Bertemakan Street Art dan Technology yang mana hasil lukisan dibuat oleh seniman ibukota tempatan dan antarabangsa hotel ini sememangnya bernuansa ranggi dan ceria.

 

 

Seperti namanya, ia menampilkan 102 bilik-bilik yang ceria dengan penggunaan warna kuning sebagai warna tema. Ia juga dilengkapi sebuah restoran Wok n Tok yang semestinya menyajikan hidangan yang halal dan lazat, sebuah ‘gaming station’ untuk bermain alat video, ruangan internet atau Netzone, ruang mesyuarat dan macam-macam lagi. Semestinya setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan internet percuma serta televisyen berlayar leper LCD.

Oleh itu, hotel ini sangat sesuai buat anda yang mahukan hotel berkualiti tetapi menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan kemudahan serta lokasinya.

 

Bukan sahaja bilik-biliknya cantik dilihat tetapi juga sangat selesa untuk didiami. Jadi pastikan Yello Manggarai Jakarta menjadi pilihan anda sekiranya berkunjung ke Jakarta!