Persekitaran Web Patuh Muslim.. Ketahuiselanjutnya

Yuna Sertai Wilhelmina Models

Seni Helmi Anuar 18-Sep-2019

Penyanyi kebanggaan negara, Yuna yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat telah mengikat kontrak bersama agensi pengurusan model dan bakat terkemuka dunia, Wilhemina Models.

Pengumuman mengenai penyertaannya bersama agensi terkemuka itu dikongsi Yuna di akaun Instagram miliknya.

Antara selebriti lain yang turut berada dibawah naungan Wilhelmina Models adalah Shawn Mendes, Nick Jonas dan Nicki Minaj.

Baru-baru ini Yuna dilihat menghadiri beberapa pertunjukan fesyen sempena Minggu Fesyen New York.

Tahniah SalamToday ucapkan kepada Yuna. Semoga penyertaan Yuna bersama agensi terkemuka dunia ini akan membuahkan hasil yang mampu membanggakan negara.

 

Sumber : Instagram Yuna