Zahid Hamidi seorang jutawan sebelum menyertai politik

Uncategorized MAS 04-Dis-2019

Saksi dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan Zahid telah membayar cukai jalan melebihi RM35,000 setahun. Beliau juga memiliki 18 buah kenderaan mewah. Perkara ini didedahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam atas perbicaraan kes pecah amanah dana milik Yayasan Akal Budi.

Ekoran daripada itu, setiausaha politik anggota parlimen Iskandar Puteri telah menyenaraikan semua kenderaan mewah milik Zahid.

Setiausaha Agung UMNO pula mempertahankan isu terbabit di Twitter dengan menerangkan penglibatan Zahid sebagai ahli korporat. Beberapa buah kenderaan terlibat juga sebenarnya telah dihadiahkan oleh seorang sultan. Beliau juga berpendapat isu kereta mewah terbabit diambil di luar konteks dan tidak seharusnya dijadikan isu.