Zamani Mahu Hadiahkan Wang Tunai Kepada Peminat

Awal Mac lalu, penyanyi kesayangan ramai, Zamani melancarkan single terbaru berjudul ‘Aduh’ yang merupakan hasil kolaborasinya Bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam. ‘

‘Aduh’ berkonsep pop kontemporari memberikan nafas baru kepada penyanyi yang sinonim dengan rentak pop balada ini. Walaupun kali ini tampil berbeza dari  kebiasaan, kemampuan Zamani untuk menghembuskan jiwa ke dalam lagu ini adalah sesuatu yang tidak dapat disangkal.

Apatah lagi apabila seni kata lagu ini bercerita tentang keluhan hati akibat cinta tidak kesampaian, suatu kisah yang mungkin dikaitkan dengan pelantun lagu ini sendiri.

Zamani sendiri menyifatkan ‘Aduh’ sebagai hadiah istimewa buat peminat yang tidak pernah jemu memberi sokongan terhadap perjalanan kerjayanya.

Selepas lebih sebulan dilancarkan, Zamani kini kembali dengan kempen terbaru untuk single ini. Projek yang dinamakan #AduhZamaniKaraoke ini menjanjikan wang tunai berjumlah RM1800 untuk pemenang tempat pertama hingga ketiga (hadiah tempat pertama RM1,000 tunai, tempat kedua RM500 tunai dan tempat ketiga RM300 tunai).

Untuk memenangi hadiah wang tunai ini, peminat hanya perlu menyanyikan lagu ‘Aduh’ di dalam versi karaoke di mana-mana cawangan Red Box, Green Box atau Red Box PLUS Karaoke di seluruh Malaysia dan perlu memuatnaik video tersebut di Instagram mereka dengan menggunakan tanda pagar #AduhZamaniKaraoke dan #RedBoxKaraokeMalaysia.

Kempen yang bermula pada 29 April 2019 ini terbuka kepada peserta berumur 18 tahun dan ke atas dan penyertaan akan ditutup pada 18 Jun 2019, jam 11:59 malam.

 

Kredit foto : Warner Music Malaysia