Zee Jia dan Kisona pahat kejayaan, ulangi sejarah 46 tahun lalu

Uncategorized Ahmad Mahmud 09-Dis-2019

MANILA, 9 Dis – Sukan SEA ke-30 melihat skuad badminton Malaysia memenangi pingat emas dalam acara perseorangan lelaki dan wanita akhir melalui Lee Zii Jia dan Kisona Selvaduray. Mereka mencipta sejarah dengan mengulangi pencapaian yang sama di Sukan SEA 1973 Singapura.

Kisona, 21 tahun dan berada pada kedudukan 104 pemain wanita dunia mengalahkan Ruselli Hartawan dari Indonesia, pemain ke-34 terbaik dunia. Kisona bermain tiga set dan menang 2-1. Sementara itu, perseorangan utama negara Lee Zii Jia menang mudah 2-0 menewaskan Loh Kean Yew, wakil Singapura.

Sukan SEA adalah antara pentas terbesar sukan badminton, selain Sukan Asia dan Olimpik.