Pendapat 22-Mei-2020

Ziarah Aidilfitri – antara tradisi dan dilema moral

Abi Aasim
Kolumnis
Sambutan Aidilfitri di rumah ibu bapa © MOHD AZAMI SARJU | Dreamstime.com

Sambutan Hari Raya Aildilfitri tahun ini pastinya berbeza daripada apa yang pernah kita alami sebelum ini. Bukan sekadar tradisi, tetapi amalan ziarah dan mengeratkan silaturrahim ini memang sesuatu yang digalakkan dalam Islam.

Setelah hampir beberapa bulan tidak dapat menziarah ibu bapa dan kaum keluarga, kerinduan semestinya dirasai. Apatah lagi, Aildilfitri ini sahajalah kebiasaannya semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama.

Suasana kemeriahan Aildilfitri, menunaikan solat sunat Aildifitri di masjid bersama keluarga, ziarah menziarahi di samping menjamu selera dengan pelbagai hidangan hari raya pastinya bermain-main di fikiran. Dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan, maka pastinya suasana ini masih boleh dirasai bagi mereka yang bertuah.

Dalam menangani penularan wabak COVID-19 ini, kerajaan Malaysia memutuskan pergerakan antara negeri untuk pulang berhari raya adalah tidak dibenarkan. Malah kerajaan juga telah memaklumkan hanya ziarah hari raya dalam negeri sahaja dibenarkan.

Walaupun dibenarkan, ianya masih lagi bersyarat dan masyarakat perlulah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Aktiviti ziarah hanya boleh dilakukan pada hari raya pertama sahaja. Maksimum 20 orang sahaja keseluruhan yang dibenarkan pada hari raya pertama, bagi satu rumah.

Bagi yang mempunyai kampung di negeri lain, semuanya sudah jelas memang tiada aktiviti ziarah di kampung dibenarkan. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kampung di dalam negeri, mungkin akan mewujudkan dilema sama ada mahu pulang ke kampung menyambut hari raya ataupun kekal di rumah.

Namun di sinilah wujudnya konflik antara tradisi dan juga moral kesihatan, mana satu yang perlu diutamakan?

Menurut undian yang dijalankan di dalam telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara, seramai 74% daripada 149,630 yang mengambil bahagian memilih untuk menyambut hari raya di dalam rumah sendiri sahaja. Jika mengikut undian ini, masih ramai yang bimbang tentang kesan penularan COVID-19 ini.

Tambahan pula sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperkenalkan, ramai orang yang sudah mula kurang mengambil berat tentang penularan COVID-19. Pasar raya sudah mula dibanjiri pengunjung yang turut bersama membawa anak-anak kecil. Ramai juga yang sudah mula keluar rumah tanpa tujuan dan keperluan yang mendesak.

Memang desakan yang kuat untuk pulang ke kampung berhari raya bersama ibu dan ayah. Tetapi mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), golongan warga emas adalah golongan yang sangat berisiko untuk dijangkiti COVID-19. Tambahan pula jika mereka menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung dan kecing manis.

Jika ibu dan ayah atau keluarga mempunyai golongan berisiko, mungkin boleh ditangguhkan dulu ziarah hari raya tahun ini. Benar tradisi ziarah hari raya ini memang perlu dihidupkan, tetapi biarlah bersesuaian dengan keadaan. Ziarah itu sunat dan menjaga kesihatan itu adalah lebih penting.

Ziarah hari raya atau tidak? Tepuk dada tanyalah hati. Apapun keputusan yang diambil, patuhilah garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM.

Ingin berkata sesuatu?

Sila berhubung!

Artikel-artikel berkaitan
Pendapat
Pendapat 05-Jun-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Mengambil pemain naturalisasi sebagai pemain sesuatu pasukan negara bukanlah sesuatu perkara yang baru. Dalam sukan lain misalnya seperti ping pong dan badminton, ramai pemain kelahiran China menjadi wakil negara lain. Malah dalam sukan bolasepak sendiri juga perkara ini sudah menjadi kebiasaan.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 01-Jun-2020
MAS
Kolumnis

Penyongsangan sangat berguna untuk mencabar kepercayaan kita. Ia memaksa kita untuk menimbangkan hujah-hujah yang bertentangan. Penyongsangan menghalang kita daripada terus membuat keputusan sejurus selepas kesimpulan awal. Ia adalah satu teknik untuk mengatasi kecenderungan yang berat sebelah (confirmation bias).

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 26-Mei-2020
Chan Abdullah
Kolumnis

Alhamdulillah, dengan adanya kemajuan teknologi, terubatlah sedikit perasaan sedih dan kecewa tak dapat beraya bersama keluarga. Setelah berbulan lamanya petugas barisan hadapan berkorban berjuang membantu melawan COVID-19, tibalah masanya rakyat Malaysia yang lain juga turut berkorban sementara di hari raya ini. Patuhi arahan dan garis panduan yang ditetapkan sewaktu sambutan hari raya.

Teruskan Teruskan
Pendapat
Pendapat 24-Mei-2020
Hanita Hassan
Kolumnis

Mungkin inilah hikmah di sebalik pandemik COVID-19.  Kita diminta bersabar supaya wabak yang sedang melanda ini tidak disebarkan sewaktu berhari raya.  Ini sekali gus menjadikan tahun 2020 titik sejarah yang akan dikenang seumur hidup.  Sesungguhnya inilah hakikat kehidupan yang tidak sunyi dalam menghadapi ujian Allah SWT.  Walaupun perit, kita perlu kuat menghadapinya jua.

Teruskan Teruskan