Zizi Kirana Sahut Cabaran Mizz Nina Berhijab Di Bulan Ramadan

zizi hijab

Penyanyi sensasi yang terkenal dengan imej seksi iaitu Zizi Kirana tampil menyahut cabaran #30HariHijabRamadan yang diwar-warkan oleh Mizz Nina beberapainggu lalu.

Zizi sudah Mula memakai hijab sempena bulan Ramadan yang mulia sejak hari pertama umat Islam berpuasa.

Malah Zizi turut memuatnaik gambarnya memakai hijab dan jubah di akaun intagram miliknya.

Ramai netizen yang memuji penampilan Zizi Kirana sempena bulan Ramadan itu yang disifatkan mereka sebagai sejuk mata memandang.

SalamToday turut berbangga dengan bekas peserta Akademi Fantasia 7 ini kerana berani menyahut cabaran #30HariHijabRamadan.

Semoga Zizi dapat memberikan inspirasi kepada Muslimah di luar sana untuk memakai hijab di bulan Ramadan.

Sumber : Harian Metro
Foto : Instagram Zizi Kirana