Zuraidi optimis Malaysia mampu raih emas keempat boling padang Sukan SEA

Uncategorized Syed Safri 04-Dis-2019

NEW CLARK CITY (Filipina), 3 Dis — Malaysia mampu meraih emas keempat apabila menghadapi Brunei pada aksi final men’s fours pada hari terakhir boling padang Sukan SEA ke-30.

Menurut Ketua jurulatih boling padang negara, Zuraidi Puteh, beliau yakin barisan pemain negara mampu menampilkan aksi cemerlang di perlawanan akhir menentang Brunei yang telah pun tewas sebelum ini kepada Malaysia di peringkat awal.

Walaupun Brunei tewas 11-13 kepada Singapura, manakala Malaysia menewaskan Thailand 19-16 pada aksi pusingan sebelumnya, Malaysia dan Brunei layak ke final setelah meraih kedudukan mata terbaik berbanding Singapura dan Thailand selepas aksi pusingan awal acara men’s fours tamat.